Isnin, 9 Jun 2014

Jual Lego

Ibu selalu memarahi saya, setiap kali saya meminta izin untuk membeli lego.  Mungkin kerana ibu tidak mahu membazir duit untuk membeli lego.  Satu kotak lego berharga lebih kurang RM5.00.
Pada suatu hari, semasa kami pergi ke Sungai Besi, ibu terpandang lego berharga RM28.00.  Ada 8 kotak semuanya.  Ini bermakna satu kotak berharga RM3.50.  Ibu menyuruh saya menjual lego itu kepada kawan-kawan saya dengan harga RM5.00 sekotak. Untung RM1.50 setiap kotak adalah kepunyaan saya.  Saya jual dalam facebook.  Sepupu saya hendak membeli sebanyak 2 kotak, tetapi rumahnya jauh dari rumah saya.  Kawan-kawan yang hendak membeli lego saya semuanya jauh dari rumah saya.

                          Jual lego di face book

Sehingga hari ini (29/6/2014) sebanyak 5 kotak telah dijual kepada sepupuku yang bernama Umair,Muaz dan kawan-kawanku yang bernama Afham Hafiz. Baki kotak yang tinggal sebanyak 3 kotak. Saya akan cuba mencari pelanggan untuk menjualnya sehingga habis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan