Nama saya Muhammad Irfan bin Ridzwan. Saya berumur 11 tahun dalam darjah 5 Setia. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taming Jaya. Saya juga bersekolah agama di Sekolah Al-Hidayah. Hobi saya ialah melukis kartun, menunggang basikal dan mengumpul Lego. Tetapi sekarang saya lebih suka mengumpul lego.
 |
Diri Saya |
Nama ibu saya ialah Nurafidah Hanum binti Ramli. Ibu saya bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebelum saya pergi ke sekolah,saya mesti mencuim tangan dan pipi ibu. Saya amat menyayangi ibu saya kerana setiap kali saya dalam kesusahan ibu pasti membantu saya.
 |
Saya dan Ibu
|
Ayah saya bernama Ridzwan bin Ismail. Ayah saya juga bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ayah saya sangat tegas tetapi kadangkala ia agak lembut dan ia suka bercerita kisah-kisah silamnya di kampung.
 |
Ayah saya |
Saya mempunyai seorang abang. Abang saya bernama Muhammad Idzham bin Ridzwan. Abang saya berumur 13 tahun. Kami selalu menyambut hari ulang tahun pada hari yang sama kerana tarikh lahir kami sama iaitu 31 Januari.
 |
Bersama abang saya Muhammad Idzham |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan