Sabtu, 7 Jun 2014

The Lone Ranger

Lone Ranger adalah merupakan watak polis yang memakai topeng. Lone Ranger ialah bekas Ranger Texas yang melawan  penjenayah kerana ketidakadilan di Amerika Lama Barat. Lone Ranger mempunyai seekor kuda jantan  yang berwarna putih. Dia akan meletakkan dua jari di bibirnya lalu meniup dan akan menghasilkan satu bunyi seperti siulan untuk memanggil kudanya.  Apabila kudanya dengar bunyi siulan itu,kuda akan berlari dengan pantas kearah Lone Ranger.

Lone Ranger mempunyai kawan karib bernama Tonto. Tonto berbangsa  Red Indian. Tonto selalu membantu Lone Ranger ketika melawan musuh mereka.  Lone Ranger selalu membanteras jenayah dan mendapat kemenangan. Dia dianggap seorang hero di kalangan kanak-kanak di  Amerika.  Sehingga kini Lone Ranger sangat popular di Amerika dan juga di Malaysia.

The Lone Ranger 
Jika hendak menonton filem The Lone Ranger klik di sini.



Isnin, 2 Jun 2014

Captain America The Winter Soldier



Captain America : The Winter Soldier
Kapten Amerika: Askar Winter adalah superhero dalam filem berjudul "Captain America The Winter Soldier". Dalam filem itu, Kapten Amerika, Black Widow dan Sam Wilson bergabung tenaga untuk mendedahkan konspirasi dalam SHIELD, manakala Kapten Amerika menghadapi pembunuh misteri dikenali sebagai Askar Winter.

Jika anda ingin tahu tentang cerita ini, sila klik di sini.Untuk menonton cerita Captain America The Winter Soldier.



Pengenalan

1/6/2014 ( Ahad )


Nama saya Muhammad Irfan bin Ridzwan. Umur saya 11 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taming Jaya, Balakong, Selangor.  Hobi saya ialah menunggang basikal dan mengumpul Lego. 

Minggu lepas yang lalu, ibu telah menyuruh saya memasuki pertandingan blog khas untuk anak-anak staf DBP. Ibu menyuruh saya mencari tema yang saya gemari. Saya terus terlintas untuk menggunakan koleksi lego figura sebagai tema cerita dalam blog saya. Saya ingin menceritakan setiap watak koleksi lego pada tajuk yang lain. 





Sebahagian dari koleksi lego saya