Lone Ranger adalah merupakan watak polis yang memakai topeng. Lone Ranger ialah bekas Ranger Texas yang melawan penjenayah kerana ketidakadilan di Amerika Lama Barat. Lone Ranger mempunyai seekor kuda jantan yang berwarna putih. Dia akan meletakkan dua jari di bibirnya lalu meniup dan akan menghasilkan satu bunyi seperti siulan untuk memanggil kudanya. Apabila kudanya dengar bunyi siulan itu,kuda akan berlari dengan pantas kearah Lone Ranger.
Lone Ranger mempunyai kawan karib bernama Tonto. Tonto berbangsa Red Indian. Tonto selalu membantu Lone Ranger ketika melawan musuh mereka. Lone Ranger selalu membanteras jenayah dan mendapat kemenangan. Dia dianggap seorang hero di kalangan kanak-kanak di Amerika. Sehingga kini Lone Ranger sangat popular di Amerika dan juga di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan